Halaman

Ahad, 3 Januari 2010

Cerita Kedai Kopi

Malam itu saya bersama walid menghabiskan masa berkunjung ke Warung Pak Seman atau nama komersialnya 'Blue Streets Restaurant'.Usai meletakkan motosikal di parkir yand disediakan,walid segera memesan2 nes 'o' panas (minuman kegemaran kami mungkin).

Saya pula termangu dikelilingi orand 'dewasa'.Pelbagai cerita telah dijaja oleh orang 'dewasa'.
Dari isu bola sepak hinggalah ke adegan cabar-mencabar untuk bermain dam.Walid pula khusyuk menonton filem di tv yang pada pemikiran saya sudah beberapa kali diulang.Saya kemudiannya terdengar perbincangan orang 'dewasa'.Yang si memakai ketayap menceritakan bagaimana perjuangan Saidina Ali R.A kepada orang yang lagaknya seperti baru pulang dari kerja .Beberapa ayat daripada kitab suci Al-Quran telah diucapkan oleh si memakai ketayap tadi.
Pada mulanya saya terkejut kerana tidak menyangka ada juga perbincangan sebegini di warung kopi.Tapi keadaan yang berlaku merubah segalanya.
Tiba-tiba Pak Seman datang membuka cerita...
'Hoi Mat( si memakai ketayap)!!,MAGNUM 4D yang kau beli minggu lepas dah kena ya?
Wah wah..teballah dompet kau'

Saya terkedu....
'Ah,biasalah..Dah lama aku simpan duit kat kedai tu.Itu yang dia bagi sekali gus tu...'
Orang 'dewasa' menyedarkan saya..
Orang 'dewasa' sebenarnya tak semua 'dewasa'..
Renung-renungkanlah dan berusaha mendewasakan pemikiran ummah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan