Halaman

Khamis, 2 September 2010

Lailatul Qadar, Bukan Sekadar Penantian


Dengan Nama Allah yang Maha Pmurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, ana diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk menukilkan tulisan ini. Bukannya tidak mahu untuk menghasilkan tulisan sendiri, tapi yang jelas kekangan waktu dan tiada kemudahan teknologi.( laptop la tu =D)

Ikhwhah fillah,

Sepanjang tempoh keberadaan di Pusat Asasi UIA PJ ( CFS ), ana telah mengalami satu proses transformasi yang boleh dikatakan secara total. Ana bersyukur berada disini kerana ia seolah-seolah seperti medan pembersihan jiwa, penyucian rohani dan menuntut diri ini  untuk melakukan perubahan. Tambah-tambah pula di bulan Ramadhan ini, ana merasakan kelainan dan 'feeling' yang berbeza.

Ya, kalau di SAS dulu kita juga berbuka puasa sama-sama di DM ( Dewan Makan ), tapi di UIA , ana berbuka puasa bersama-sama ahli usrah dengan makan secara berdulang. Ana sangat merasai kenikmatan makan sebegitu walaupun makanan kadang-kadang tidak mencukupi. Ditmbah-tambah pula kalau iftar itu tidak memerlukan kami untuk mengeluarkan duit poket sendiri.=D

Sahabat-Sahabat yang dirahmati Allah S.W.T,

Kita kembali pada tajuk di atas. Sesetengah orang berpendapat bahawa lailatu qadar itu boleh diraih dengan cara menunggu, menanti dan bersengkang mata di tengah malam sambil menunggu tanda-tandanya. Bahkan ada sahaja yang tidak mengendahkan langsung sehingga merasakan malam itu tidak membawa makna apa-apa pun.

Pastinya, anugerah lailatul qadr itu memerlukan satu proses yang sudah pun bermula sejak awal lagi sebenarnya. Seperti kata Ustaz Pahrol " Memburu satu malam bernama Al Qadar memerlukan ribuan malam sebelumnya yang dipenuhi dengan aktiviti dan usaha membersihkan hati secara konsisten."

Justeru, pesanan untuk ikhwah sekalian.

Maksimakan ibadah.

Jauhi perkara-perkara yang lagha.
Sungguh! Lailatul Qadar itu hanya untuk orang yang benar-benar memburunya dengan senjata amal.

Bukan sekadar bersengkang mata melihat tanda-tandanya.

Wallahualam.

Fais Fuad
CFS UIA
Full Time Muslim
                                                                     Teringat kenangan kat sekolah dulu