Halaman

Jumaat, 25 September 2009

Sebenarnya..


Saya ni tak tahu sangat dalam selok-belok blog ni..tapi timbul pula rasa inkuiri yang cukup kuat untuk mencuba sesuatu yang baru. Jadi, terpulanglah kepada orang yang menilai blog saya.( kepada Faisal, tolonglah ajar aku buat blog )

Ahad, 23 Ogos 2009

DeTiK mAnIs..



disini kenangan bermula..

Titipan dari kawan










Wahai tetamu Ramadhan..




Untukmu rahmat dan maghfirah..




Air mata taubat..




Alunan tadarus..




Selimut Tarawih..




Bantal Tahajud..




Moga mewarisi jannah..




(ingatan buat orang yang ingin kembali)




Kumpul batch paling bermakna...

Aku ingat lagi masa tu...lapan haribulan lapan dua ribu sembilan...lepas isyak kat surau...kita ade buat kumpul....mase tu memang semua mengeluh..exam la katakan..mesti la nak study....orang yang pertama bagi ucapan ialah abang sulung aku...hahaha...( coal la tu )..gaya,penampilan n pengisian ucapan dia memang mantap...memang tak pernah aku duga deskmate aku macam ni...aku respect la sama kau..
tapi apa yang aku nak tekankan kat sini ialah isi yang disampaikan..Coal seru kita supaya tinggalkan semua benda yang remeh...kembali pada fitrah yang asal...ikut jalan yang lurus...dekatkan diri pada Yang Maha EsA....bunyinyer memang macam lebat...tapi gaya percakapannya menarik perhatian aku..boleh kalahkan YB ni...haha..
lepas tu..aku dah tak ingat dah sape yang cakap ..tapi yang pasti...dalam banyak-banyak orang yang bagi ucapan...aku 'respect' kat sorang budak ni..walaupun dia sedar kekurangan yang dia ada..tapi dia berani bangun dan bagi nasihat pada kita..yang benda yang paling aku terharu bila dia cakap ialah...'Korang ingat aku nak ke jadi macam ni..korang kumpulkanlah segala kenangan pahit korang dan bandingkan dengan aku...aku dari kecil lagi dah kena ejek...aku pun ada harapan dan impian....bila dah besar nanti aku nak jadi doktor....nak tolong orang yang macam aku...'katanya dalam nada yang sebak...lepas je aku dengar dia cakap...mata ni tak tertahan lagiuntuk tumpahkan isinya...sedih dengar citer dia..

Ahad, 31 Mei 2009

Coretan Seorang Pejuang


Coretan Seorang Pejuang
( Dedikasi untuk semua pejuang sejati )

Wahai nakhoda,
Engkaulah pejuang sejati,
Asbab engkau aku begini,
Punya iltizam menggunung tinggi,
Lautan manusia kau redah,
Retorik dunia kau musuh,
Saham akhirat kau labur,
Uswatun Hasanah kau contoh,
Wahn sanggup kau tempuh,
Itulah pejuang sejati,
Pejuang sejati kekal dihormati,
Dulu,kini dan selamanya…

Jumaat, 8 Mei 2009

Tudung- Satu Proses


INPUT - PROSES – OUTPUT

AQIDAH - IBADAH - AKHLAK

IMAN - HUKUM HAKAM - BAIK ATAU TAK BAIK

Kalau kita sebut dia itu baik dengan alasan dia pakai tudung, ini bermakna kita menganggap bahawa pakai tudung itu output. In other word, kalau pakai tudung, tercapailah maksud beragama dalam dirinya. Betulkah begitu? Sedangkan bagai yang dimomok-momok orang, ramai yang bertudung tapi bergelumang dengan maksiat.

Justeru harus dibetulkan balik…

Pakai tudung bukan output.

Pakai tudung ialah proses.

Proses untuk jadikan orang baik.

Dia baik dengan alasan dia pakai tudung… SALAH

Kalau dia nak baik, dia kena pakai tudung … BETUL

Sebab tudung ialah PROSES untuk baikkan si pemakai.

Tapi…

Macam mana pulak kalau ada orang yang pakai tudung tapi tak jadi baik? Jawabnya, mungkin ada yang tidak betul pada input dan prosesnya.

Pakai tudung dengan asas input ia peraturan sekolah, bukan sebab iman.

Pakai tudung dengan asas input ia nampak lebih berkesan untuk fashionable, bukan sebab iman.

Pakai tudung dengan asas input, takut orang mengata balik umrah dan haji masih tak bertudung..

Maka salah input.

Pakai tudung dengan niat yang betul, tapi pakai tudung yang menarik perhatian orang, harga entah berapa ratus ringgit, pakai dengan penuh gaya tetapi masih nampak tengkuk etc…

Maka salah proses…

Ada pun, orang yang baik tanpa memakai tudung, dia baik pada hablun minannaas. tapi dia tidak endah kepada apa pandangan Allah kepadanya. Apakah Allah Tuhan yang tidak berdisiplin? Suruh manusia pakai tudung, tapi tak apa, kalau tak pakai pun tak apa… err, Subhanallah… Maha Suci Allah dari disifatkan sedemikian rupa.

Wallahu A’lam