Halaman

Rabu, 28 Julai 2010

Illuminati Anugerah Juara Lagu

Disclaimer: Segala apa yang anda baca di dalam artikel ini bukanlah hasil penulisan kami. Kesemuanya kami ambil sepenuhnya dari blog Jejaki Tinggalan Rasul. Terima kasih kepada penulis blog tersebut yang mengupas isu ini dengan begitu terperinci sekali. Percaya atau tidak, itu terpulang kepada diri anda sendiri untuk menentukan

UPDATE: Artikel ini telah keluar di Pancaindera dengan tajuk “AJL24 Ada Unsur Illuminati?“.
Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?
Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.
1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;

ajl 24
ajl 24
ajl 24
Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?
ajl 24
ajl 24
Adakah ini satu kebetulan?
2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?
Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…
3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.
Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini.

Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.
Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.
Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?
Apa persamaannya?
Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.
Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda…
*penambahan:
Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.
ajl 24
Sekadar penambahan. Terima Kasih.
Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan.
25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010

Ahad, 25 Julai 2010

kONSPIRASI PIALA DUNIA 2010!!


July 13th, 2010 · 46 Comments · Rahsia Simbol Yahudi, Rancangan Rahsia Dajjal

Petikan dari blog FOM
wmc
Salamua’laik,
Kalian sudah puas dengan keputusan Piala Dunia yang baru lepas? Baiklah, kini kita tumpukan perhatian kita berbalik kpd kajian konspirasi ‘kebetulan’ semula. Terima kasih kepada saudara Rijal82, JTR, BradoKapak dan beberapa lagi pengkaji konspirasi lain atas pendedahan awal mereka mengenai Piala Dunia yang lepas.

Mavi Marmara diserang, satu dunia menumpukan mata pandangan ke Gaza lalu meninggalkan Bilderberg melakukan mesyuarat secara senyap. Terima kasih kepada Ibnuyaacob.com yang mendedahkan hal mengenai mesyuarat ini. Mavi Marmara kemudian ditinggalkan kita lalu terbanglah kita keawangan menuju ke Afrika Selatan melihat dan ‘memuja’ kehebatan ciptaan Tuhan yang juga kebanyakan daripada mereka adalah anti-Tuhan.
Para pengkaji konspirasi telah mendedahkan logo Piala Dunia yang berbentuk kepala Horus dan bola yang digunakan ketika Piala Dunia (Jabulani) yang menyamai lambang Jahbulon. Jahbulon adalah ALAT sembahan Freemason yang dihasilkan daripada gabungan triniti Jehovah, Ba’al dan Osiris.
Para saintis terhandal dunia telah membuat beberapa siri kajian supaya bola kesayangan mereka itu menjadi bulatan yang sempurna dan menjadi rebutan dan kesayangan para ‘pahlawan’ atas padang. Perancangan mereka tidaklah selengkap perancangan Allah.
Sepanjang kempen Piala Dunia, ‘kesempurnaan’ Jabulani telah memberi banyak masalah kepada para pemain dan memaksa Adidas (pengeluar) menghantar bintang-bintang mereka (Ricardo Kaka, Petr Cech, Oliver Kahn, Michael Ballack dan beberapa pemain lain) mempertahankan Jabulani.
Tanpa kita sedari, upacara pembukaan Piala Dunia juga sebenarnya dipenuhi dengan upacara sembahan ‘dewa’ mereka (saya tidak berkesempatan menyaksikan upacara pembukaan. bahagian ini diceritakan kepada saya melalui gambar-gambar dan penerangan-penerangan yang disiarkan di laman BBC. maaf jika ada sebarang bahagian yang salah)

Upacara dimulakan dengan persembahan penyanyi Afrika dengan bunyian gendang dan alat-alat muzik yang lain. Persembahan ini dipanggil The Calling. Siapa yang mereka panggil?Mungkin ini yang mereka panggil untuk masuk ke tengah padang dan menjadi perhatian dunia..

[BBC: A giant human-powered dung beetle dribbles an equally large Jabulani around the pitch to the delight of the fans in the stadium]
Upacara pembukaan diteruskan dengan beberapa krew mengangkat kumbang (Dung Beetle) yang menolak masuk Jabulani ke tengah pentas persembahan/padang. Kumbang juga merupakan salah satu unsur penyembahan firaun mesir kuno. Manusia/kita mengangkat kumbang tersebut dan kumbang tersebut mengangkat Jabulani ke tengah perhatian dunia supaya menjadi tatapan dan pujian semua.

Penyanyi terkenal Hollywood (ejen mata satu terhebat), R Kelly bersama Soweto Spiritual Singers, penyanyi gereja Afrika menyanyikan lagu ‘Sign of a Victory’ sebagai tanda kemenangan mereka menjauhkan perhatian dunia daripada isu-isu yang jauh lebih penting.

Peta Afrika dilakarkan ditengah padang diperhatikan seluruh masyarakat dunia. Sememangnya tumpuan kita tertumpu disana!

[BBC : A smoking calabash, depicting the stadium design is featured during the opening ceremony]
Mereka diluar stadium (the Hidden Hand) menggunakan kita semua dengan ‘membakar’ kita dalam kawah berapi besar (stadium) dalam upacara penyembahan matahari mereka! Pembinaan stadium Soccer City, Johannesburg berbentuk kawah berapi disertai dengan bahagian dalaman yang diwarnai dengan warna api.

Sepanjang kempen Piala Dunia, kita disajikan dengan kehebatan sotong Paul menyesatkan umat Islam. Dengan senang kita menerima Paul dan pasangannya Pauline dari Jerman dengan mengiakan kehebatan mereka. Sotong (dalam bahasa Jerman dipanggil Krake) memang sudah sinonim dengan mitos Kraken, sotong gergasi di tengah lautan dalam yang menghancurkan kapal-kapal besar.
Sudah terang lagi bersuluh, sotong Jerman tersebut memang disediakan awal-awal bagi memecahkan buih-buih di lautan. Bukankah nabi sudah berpesan, umat Islam akhir zaman hanya ibarat buih-buih di lautan? Jika anda rajin perhatikan laman-laman web yang menyiarkan berita bola sepak sepanjang kempen Piala Dunia, anda sebenarnya dapat mengagak bahawa pemenangnya memang sudah dipilih awal-awal lagi… ‘allahu’alam.

Rabu, 21 Julai 2010

Perkukuhkan jawapanmu

Soalan Imam Ghazali



1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia?









Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :”Orang tua, guru, kawan dan sahabat”. Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah ‘mati’. Sila rujuk surah Ali ‘Imran ayat 185.



KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :” negara China, bulan, matahari dan bintang”. Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘masa lalu’. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.



KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: ” Gunung, bumi, matahari”. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah ‘nafsu’. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A’raf ayat 179



KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :” besi, gajah”. Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘menanggung amanah’. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.



KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :” Kapas, angin, debu dan awan”. Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘meninggalkan sembahyang’ kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.



KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:”Pedang”. Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘lidah manusia’ di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.





dipetik dari iluvislam.. Wallahualam

Manfaatkan Syaabanmu..

Kelebihan dan Keistimewaan Syaaban


www.iLuvislam.com

Oleh: Muhammad Rashidi bin Haji Wahab*

Editor: buluh







PENGENALAN



Beberapa hari yang lalu saya dihubungi melalui Yahoo Messenger oleh seorang saudari kita dari Jakarta. Tujuannya adalah untuk meminta tolong saya untuk memberikan beberapa artikel mengenai bulan Syaaban ini untuk dimasukkan ke dalam majalah di sana. Namun oleh kerana beberapa artikel yang terdapat di dalam internet membincangkan secara ‘kritikan dengan kritikan' dengan membawakan isu-isu khilaf maka saya mengambil keputusan untuk menolongnya menulis artikel ini. Artikel ini saya sediakan dengan mengetepikan segala isu-isu khilaf dan membawakan fadilat-fadilat amal untuk dijadikan panduan kepada semua pembaca.



Oleh itu, saya ingin memberi ingatan kepada beberapa golongan tertentu agar tidak terjerumus di dalam pertengkaran dan percakaran mengenai isu-isu khilafiyyah seperti ini. Ini bertepatan dengan kenyataan Imam Jalaluddin al-Sayuti di dalam kitabnya al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah sepertimana Kaedah Fiqhiyyah berikut: Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.











MENGENALI BULAN SYAABAN



Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.



Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.



Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:



1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.



2. Keperkasaan dan ketinggian.



3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.



4. Kasih-sayang dan kemesraan.



5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.





ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN



1. Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.



2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.



3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.





ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN



Memperbanyakkan Puasa Sunat



Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:

Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:

Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajibkan) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Sebuah hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud:

Rasulullah S.A.W. telah berpuasa sebahagian besarnya dari bulan Syaaban.

(Riwayat Nasaie).



Melazimi Berzikir dan Berdoa



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat al-Baihaqi).



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat.

(Riwayat al-Tirmizi).



Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:

Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.

(Riwayat Muslim).



Sentiasa Bertaubat dan Beristighfar



Firman Allah Taala bermaksud:

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.

(Surah an-Nur: Ayat 31).











KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN



Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.

(Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban).



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat al-Baihaqi).



Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm:

Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.



Berkata Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din:

Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaaban.





MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN



Berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiah di dalam kitabnya Majmuk al-Fatawa:

Apabila seorang manusia itu menunaikan solat pada malam Nisfu Syaaban sama ada secara individu atau berjemaah secara khusus sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat Islam maka ia adalah baik.



Beliau berkata lagi:

Adapun malam Nisfu Syaaban maka telah diriwayatkan mengenai kemulian / kelebihannya (Nisfu Syaaban) daripada hadis-hadis dan athar. Dinukilkan juga daripada golongan al-Salaf sesungguhnya mereka menunaikan solat padanya (malan Nisfu Syaaban), maka solat seseorang padanya (malam Nisfu Syaaban) secara berseorangan telah dilakukan oleh al-Salaf dan padanya terdapat hujjah maka janganlah ini diingkari. Adapun solat secara jemaah pada ini (malam Nisfu Syaaban) terbina di atas kaedah umum pada berkumpulnya di dalam melakukan ketaatan dan pengibadatan.



Oleh itu, para tabien ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:



Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.



Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.



Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabien dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.



Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabien itu dan dilakukan juga oleh para ulama.





PENUTUP



Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Tulisan ringkas ini adalah sekadar untuk mengingatkan mana-mana yang terleka dan alpa dalam menjalani hidup ini sebagai hamba Allah Taala yang amat kerdil lagi hina. Saya juga tidak bercadang untuk memanjangkan tulisan ini dengan perbincangan berbentuk khilaf yang boleh memeningkan kepala masyarakat. Semoga kita semua berada di dalam redha Allah Taala setiap masa. InsyaAllah.



buluh.iluvislam.com



Wallahualam.

Sayangilah Ibumu

Dipetik daripada regenesi0206.hadithuna.com
walaupun Hari Ibu dah berlalu..

Mak…..




Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..

Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,

Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….



Mak tau tak…..

itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..

dan itu juga terakhir kali nya.

Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..

nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni…..



mak macam dah sedia…..

Seminggu sebelum tu…..

mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..

Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….

tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..

kakak pun rasa hairan…..

mak tak penah buat gitu…..



pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..

tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ……

kengkadang siaran indonesia …

mak terus tekun menganyam…

Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…



Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….

pastu mak jemur karpet-karpet. ..

pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..

mak biarkan ruang tu kosong..

rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..



paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..

ada kat dalam almari…..

ada kat dalam dalam beg…..

ada dalam ASB…..

ada kat dalam Tabung Haji..

mak cakap tak berapa cukup lagi….

ada kat dalam gulung tikar…..



masa tu mak perasan takk..??

kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…

kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…

mak cuma gelak jer…

eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..



Mak…..

Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..

bila malam tu kiter sampai dari KL…..

mak dah dalam kesakitan.

Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..

mak tetap takmau pi hospital…. .

dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..

Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .

tapi kiter berkeras juga pujukk..

nanti di hospital ada doktor…

ada ubat untuk mak..

kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..



Mak tetap tak bersetuju… ..

mak memang degil..

tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..

Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….

mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit

kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. ..



Mak…..

amponkan kami semua…

kami nak mak sehat…

kami sayang mak…

kami tak mau mak sakit…

kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….

ampon kan kami yer mak….



Mak…..

Malam itu abang bawa mak ke hospital

dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…

Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,

kiter kata nak beli kereta….

Mak asyik tanya ajer..

cukup ker duitt..

kiter jawab pula…

kalau tak cukup, mak kan banyak duit…

mak gelak ajerr…..



Lepas tu bila kereta kiter sampai….

mak buat kenduri kesyukuran.. ….

Dan kiter masih ingat lagi…

bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..

Punya la kiter takut…

kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…..

Bila balik sahaja kampong….

kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..

Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…

mak tanya kenapa…?

Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..



Mak….

tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…

Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…

mak, kiter menipu mak kan …

ampon kan kiter….

Mak…..

Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006

Bila tiba aja kat hospital….

nurse tengah balut mak dengan kain putih…..

mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…

Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..

Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….

Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…

mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn



Mak tau tak….

Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…

Adik kat sebelah diam melayan perasann…

Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…

jalan di depan terasa makin kelam…..

airmata dah tak mampu di tahan….

Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…

Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…

di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..

kosong. …sekosong hati ini…..

Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. …

terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….



Mak…..

Kiter masih ingat lagi…

Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…

Jam 11.00 pagi mak di mandi kan …..

Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….

Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..

Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..

Mak perasan tak…?



Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..

Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”

Bila makcik tu kata gitu…

lagi laaaa laju airmata ni..

tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….



Mak…..

Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..

kiter nangis ni…..

Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….

Takder orang yang bangun lagi…..

kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…

kiter rindu kat mak..!

Takpa la….

nanti bila kita selesai sembanyang subuh,

kiter baca yassin untuk mak…

mak tunggu ya..!







Mak..

Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .

Semua anak2 mak mengelilingi mak…

menatap wajah mak buat kali terakhir….

Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…

Mak rasa tak….

masa tu kiter sentuh dahi mak….

kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..

Kiter tak mampu nak cium mak…

kiter tak daya….

kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…

Airmata kiter tak boleh tahan….

Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…

tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak….



Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….

Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…

badan akak terasa panas…

makk…

anak mak yang seorang tu demam….



Mak tauu…

cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak…..

Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…

Begitu terasa kehilangan mak…

boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…

Dan sampai satu tahap….

masa tu malam jumaat selepas maghrib…

Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….

entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…

semakin kiter tenung terasa semakin sayu…

tangisan tak dapat dibendung…



Mak tauu…

kiter cuba bertahan…

memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…

Kiter rasa nak telefon mak…

nak cakap dengan mak….

anak mak yang ni dah tak betul kan …????

Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…

Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…

Puas la kakak memujuk kiter…

Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”

Dan akhirnya akak juga nangis…..



Mak tau tak..

di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…

rasa nyilu sangat…

menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….

Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…

hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..



Mak….

cukup la sampai sini dulu….

kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….

kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…

selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….

kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…

esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….

Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih…

pastu kawan kiter bgtau…

simpan je buat kenangan..

Kiter cuma tau alamat ni aje…

Takper yer mak…k

iter kasi orang lain baca…

Kiter stop dulu…

sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…

akhir kata untuk mak,

I LOVE YOU SO MUCH

dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…

memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..

sampai masuk unibesiti..

sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…

boleh rasa duduk kat negara orang…

sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..



Sekian terima kasih,

Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

Sabtu, 10 Julai 2010

Petikan dari ILuvIslam. ^_^

Surat dari Ayah buat anaknya.




=======================================

Sambil menatap skrin komputer, fikiranku melayang-layang. Teringat kepada SMS yang ku terima dari anak lelakiku yang masih di peringkat matrikulasi UIA.

“Abah……test fizik tadi,boleh juga jawab, tapi sebab careless ada yang tersilap.”

Begitulah bunyi SMS daripada Salman. Sebagai ayah, apa patut aku balas? Apa yang aku rasa tidak mungkin dapat diluahkan melalui SMS. Lalu, aku bingkiskan segera surat ini untuknya.

******

Bismillahirrahmanirrahim.

Man yang dikasihi, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan izinNya abah dapat menulis surat ini untuk tatapan Man. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW. Apa khabar? Semoga Man berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa menghubungkan hati dengan Allah SWT dan dekat padaNya.

Man masih ada test lagi? Abah dan mak harap Man terus berusaha.Belajar di universiti tak sama dengan belajar di sekolah. Di U, ujian selalu diadakan dan peratus markah sentiasa dikumpulkan untuk dicampurkan dengan ujian semester akhir. Ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan kita mewujudkan suasana pembelajaran yang berterusan dan mengelakkan kita dari membuang masa dan lalai. Abah tahu…memang Man akan rasa bebanan dan tuntutan belajar tu, tapi itulah hakikatnya. Kita pemuda-pemuda Muslim perlu berjuang untuk menjadi individu unggul yang cemerlang demi Allah yang jadikan kita dan deen yang kita junjung ni.

Islam sangat menuntut umatnya mencari ilmu, mendalaminya…dan mengaplikasikannya demi kesejahteraan ummah, dan demi keunggulan ummah Islam keseluruhannya. Mungkin jika kita berusaha untuk cemerlang atas dasar kepentingan diri sahaja. Kita tidak jelas dan tidak bermotivasi. Tapi sekiranya kita jelas akan hakikat tuntutan terhadap diri, maka kita akan berusaha sungguh-sungguh kerana kejayaan itu bukan untuk diri kita sahaja, tapi kejayaan kita adalah kejayaan semua. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik demi Allah yang menjadikan kita, demi keredhaanNya, dan demi deenul Islam itu sendiri.



Man yang dikasihi, abah harap Man jelas akan matlamat ini,keredhaan Allahlah yang kita dambakan dalam apa jua tindakan kita. Abah tahu memang payah…memang susah belajar di sana… tapi itulah jihad bagi kita. Dalam hal ini, abah nak ingatkan jagalah hati dan fikiran serta tindakan kita. Utamakan solat pada waktunya. Walaupun Man sibuk kuliah,usahakan supaya dapat berjemaah di surau kampus. Jangan tinggalkan zikir Al-Mathurat setiap pagi dan sentiasa bertadabbur al-Quran.

Ingatlah ibadah yang sahih merupakan syarat untuk kejayaan kehidupan manusia, kita tak boleh meringan-ringankan soal ibadah. Hati yang sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa berzikir dan mengingatinya akan diberi rahmat dan keberkatanNya. Jadi apa yang kita usahakan selama ini, kita pulangkan kepada Nya untuk memberikan kepada kita natijahnya. Allah sayangkan pemuda-pemuda. Mustaffa Mahsyur menyeru pemuda-pemuda dalam ‘Fiqh Dakwah’ kerana mereka adalah aset yang tinggi nilainya bagi meninggikan deen ini.

Ingat tak? Seorang yang alim yang selalu sujud kepada Allah selama 500 tahun dan apabila ia mati, Allah kata kepada malaikat, masukkannya ke syurga dengan rahmatKu. Lalu orang itu melarangnya dan meminta ia dimasukkan ke syurga atas amal-amalnya. Apabila malaikat mengiranya..tak cukup untuk melayakkan ia masuk syurga kerana jika dikira nilai amal manusia dengan anugerah Allah yang beri kepada kita sangat besar. Sujud 500 tahun tidak cukup membayar nilai sepasang mata untuk melihat. Jadi orang alim itu pun menyesal dan memohon pada Allah supaya masukkan ia ke syurga dengan rahmatNya.



Begitulah hakikat diri kita Man..terlalu kerdil. Orang mukmin perlu ada dua sifat ini yang mengiringi perjalanan hidupnya iaitu, sifat raji’ dan sifat taqwa. Dua sifat ini iaitu takut dan berharap perlu ada dalam hatinya, barulah menjadi manusia yang sentiasa menharap redha Allah dan takut amal-amalnya tidak diterima. Sebenarnya, Allah nak tarbiah kita sebagai hambaNya supaya tidak terlalu yakin dan merasa puas hati dengan prestasi kita walaupun telah melakukan yang terbaik. Sahabat-sahabat pada zaman Rasulullah SAW sentiasa ada sifat ini sebab itulah Allah memberi kejayaan kepada mereka. Keberkatan dan rahmat Allah mengiringi mereka sehingga muncul generasi unggul yang tiada tolok bandingnya hingga kini.

Tiada apa yang kita boleh banggakan dan berhak tuntut selain hanya boleh berusaha sekaligus memulangkan hasilnya kepada Allah SWT. Abah teringat ujian fizik Man yang Man beritahu baru-baru ini. Tak apalah..tak boleh jawab sepenuhnya pun..usaha lain kali. Tapi ingat! Iringilah dengan ibadah yang kuat kepadaNya. Insya-Allah, Dia akan lebih dekat dengan kita.

Hiasilah malam hari dengan solat sunat, munajat dan beristighfar kepada Nya. Itulah orang mukmin yang cerdik dalam erti kata sebenarnya. Cukup disini dulu Man. Insya-Allah, Abah akan menulis lagi. Salam juga dari Ayah dan adik-adik di kampung. Abah harap Allah mengurniakan kekuatan dan kesihatan kepada Man untuk terus berjuang. Mak dan abah sentiasa doakan agar Man sentiasa diberi rahmat oleh Allah SWT.

Wassalam

Salam sayang,

Abah dan Emak