Halaman

Isnin, 29 Mac 2010

KISAH PEMUDA YANG BERBAKTI KEPADA IBUNYA






Selain menjadi seorang Nabi,Sulaiman juga seorang raja yang terkenal.Dengan izin Allah, beliau berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin Ifritnya.Nabi Sulaiman juga terkenal sebagai manusia yang sanggup berdialog dengan segala jenis binatang.



Dikisahkan,Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di suatu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, beliau cukup memerintahkan angin agar tenang dan tenang pula samudera itu.



Kemudian Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam hingga ke dasarnya.Di sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih tanpa lubang.kubah itu diangkatnya ke darat dan ditunjukkannya kepada Sulaiman Alaihissalam.



Melihat kubah tanpa lubang penuh dengan permata dari dasar laut itu,Nabi Sulaiman menjadi hairan.’Kubah apa ini’,fikirnya.Dengan pertolongan Allah,Sulaiman membuka tutup kubah.Betapa terkejutnya beliau begitu melihat seorang pemuda duduk di dalamnya.Diusapnya matanya,memang betul di dalamnya seorang pemuda yang masih hidup.



Beliau bertanya kepada pemuda itu, “siapakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?” tanya Nabi Sulaiman kehairanan. “Aku adalah manusia,” jawab pemuda itu perlahan.



“Dari mana engkau memperoleh karamah semacam ini,”tanya Nabi Sulaiman menyelidik. Kemudian pemuda iti memnceritakan riwayat sampai kemudian memperoleh karamah dari Allah sehingga boleh tinggal dalam kubah dan berada di dasar lautan.



Katanya, ibunya dahulu sudah tua sehingga dialah memapah dan menggendong ibunya ke mana saja mereka pergi. Si anak sentiasa berbakti kepada ibunya , sedangkan si ibu sentiasa mendoakannya. Antara doa yang sering dilafazkan ibunya ialah :



“Ya Allah, berikanlah rezeki kepada anakku itu, berikanlah dia kebahagiaan dan tempatkan dia di satu tempat yang bukan di bumi dan bukan pula di langit.”



Katanya, selepas ibunya wafat dia berjalan-jalan di pantai. Dalam perjalanan itu, dia melihat kubah yang terbuat daripada permata. Tatkala dia mendekatinya , maka terbukalah pintu kubah itu sehingga dia masuk ke dalamnya.



Nabi Sulaiman yang dikenal sanggup berjalan di antara langit dan bumi berasa kagum dengan pemuda itu. “Bagaimana engkau dapat hidup dalam kubah di dasar laut itu?”tanya Nabi Allah A.S ingin tahu lebih lanjut.



Pemuda itu berkata, “Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana aku berada. Aku tidak tahu di langitkah atau udara, tetapai Allah S.W.T tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah itu.”



Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?”Pemuda itu menjawab , “Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah dan buahnya kumakan. Jika aku merasa haus, maka keluarlah air yang sangat bersih . Air itu lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu.”



“Dari segi perputaran masa, dari mana engkau mengetahui siang dan malam ?” tanya Nabi Sulaiman semakin takjub.”



“Apabila terbit fajar , maka kubah itu menjadi putih. Dari itulah aku mengetahui hari sudah siang. Kalau matahari sudah terbenam, maka kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam.”tutur pemuda itu.



Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali dan dia pun tetap tinggal di dalamnya. Itulah ganjaran atau karamah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada ibunya.

Ahad, 28 Mac 2010

Tazkirah dari saifulislam.com

Dia Pernah Mencintaimu








“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.



Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.



“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.



Persoalan.



Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?



“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.



Aneh.



Mencintai insan yang belum ada.



Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.



Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.



Cinta luar biasa.



Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.



SENYUMAN PERPISAHAN



Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.



Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,



Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.



“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.



Wajah itu mengubat rindu mereka.



Tiga hari yang hilang warna dan sepi.



Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.



Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.



Sangka mereka itu senyum kesembuhan.



Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…



Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.



“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.



“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.



Tangan itu rebah terkulai.



Basah dalam bejana air.



Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.



Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.



Merindui saudara-saudaranya.



Kita.



SEBUAH PERTANYAAN CINTA



Justeru…



Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?



Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?



Hati kecil itu tidak mampu berbohong.



Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….







“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]



ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG




Ahad, 14 Mac 2010

Himah di sebalik kesukaran mencari kerja

Setelah hampir dua bulan saya bekerja di kedai makan, saya merenung sejenak bagaimana sukarnya saya memperoleh pekerjaan ini.

Kembara ini bermula dengan mengisi borang untuk menjadi pekerja di sebuah pusat membeli-belah.

Saya sebenarnya telah ditawarkan untuk bekerja dibahagian sejuk.Kawasan di mana bahan-bahan sejuk beku dipunggah dan disimpan.

Saya juga boleh buat pillihan untuk bekerja di bahagian stor. Tetapi, saya menolaknya. Sebenarnya ada sesuatu yang saya telah duga.

Saya mungkin akan membawa@mengangkut kotak-kotak yang mengandungi botol arak.



 Setelah itu, saya cuba pula untuk mengisi borang temuduga untuk KFC.

 Seorang kenalan telah menasihati saya supaya tidak memohon pekerjaan disitu.

 Rupa-rupanya, ada sekumpulan pekerja wanita yang menghisap rokok turut bekerja disitu.

 Selalunya, mereka akan melakukan perbuatan itu didalam stor bersama ORANG ATASAN ( Pengurus KFC yang juga seorang wanita )




Setelah itu, saya cuba pula untuk bekerja disebuah restoran.

Permintaan saya ditolak kerana bos disitu hanya perlukan pekerja wanita.

Dia takut sekiranya saya turut terlibat dengan perjudian nombor ekor yang premisnya hanya besebelahan dengan restorannya.

Alasan yang tak begitu kukuh.

Pemikiran yang wajib diperbetulkan.



Saya hampir kecewa kerana ini kali ke berapa percubaan untuk mendapat kerja ditolak

.Saya cuba pula restoran yang terletak di sebuah stesen bas yang agak besar keluasannya. Permohonan saya ditolak mentah-mentah.

Sebulan berlalu, saya diberitahu bahawa restoran iti menggunakan ilmu hitam untuk melariskan perniagannya.MasyaAllah!

DAN AKHIRNYA

Saya memperoleh pekerjaan sebagai pelayan restoran hasil perjumpaan dengan BOS BESAR di kawasan perhentian bas yang sama.

Kadang-kadang saya terfikir, Allah s.w.t telah meghujani saya dengan pelbagai dugaan agar saya mempelajari hikmah di sebalik dugaan tersebut Alhamdulillah, Allah s.w.t telah menghindari saya daripada anasir-anasir yang mungkin meruntuhkan keimanan saya. Mudah-mudahan..



 






Isnin, 8 Mac 2010

Erti Kedatangan 12 Rabiul Awwal

Erti Kedatangan 12 Rabi’ ul-Awwal






Sejurus selepas kewafatan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Abu Bakr mengajak Umar, “ayuh, mari kita ke rumah Ummu Ayman”.



Selepas disampaikan berita kewafatan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Ummu Ayman menangis dengan tangisan yang berat.



“Apakah yang ibu tanggung dalam tangisanmu wahai Ummu Ayman? Apakah tidak ibu ketahui bahawa apa yang ada di sisi Allah itu adalah jauh lebih baik buat Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam?” Abu Bakr dan Umar cuba mencungkil beban hati Ummu Ayman.





Lantas beliau berkata, “Sesungguhnya aku, demi Allah, mengetahui akan benar katamu, bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik buat Rasul-Nya. Tangisanku bukanlah kerana itu wahai Abu Bakr dan Umar. Akan tetapi… aku menangis dan hiba dengan berita yang kalian bawa, kerana sesungguhnya WAHYU TELAH TERPUTUS DARI LANGIT… buat selama-lamanya…”



Tersentak Abu Bakr dan Umar… lantas mereka berdua turut menangisi hakikat kewafatan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam pada waktu Dhuha di sore Isnin, 12 Rabi’ al-Awwal tahun ke-11H tersebut. Tiada lagi wahyu… dan moga Ummah ini dikurniakan Allah upaya hidup pada tiada lagi seorang Nabi, pembimbing jalan, pengubat lara hati… terutamanya pada hari-hari yang penuh derita ini.



Wa Shallallahu ‘ala Sayyidina Muhammad al-Nabi al-Ummi wa ‘ala Aalihi wa Sahbihi wa Sallim Tasleeman Katheera, ‘Adada Maa Ahaata Bihi ‘Ilmuhu wa Khatta bihi Qalamuhu wa Ahsaahu Kitaabuh!



- petikan al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir [juzuk 5 / 273 - 275]



ANTARA TAWA DAN HIBA



Jamuan

Kemeriahan

Perarakan

Kegembiraan

Cuti dan kerehatan

Hakikatnya 12 Rabi’ul Awwal yang diraikan

Tiada pasti benarkah itu tarikh kelahiran

Insan mulia Nabi Junjungan

Namun tercatat oleh satu kepastian

Ia tarikh sebuah kematian

Pemergian yang tiada kepulangan

Kembalinya Muhammad kepada Tuhan

Kekasih Tinggi Baginda yang Rahman



Fee al-Rafeeq al-A’laa

Fee al-Rafeeq al-A’laa

….



ABU SAIF @ www.saifulislam.com

12 Rabi’ ul-Awwal 1431H

68000 Kuala Lumpur

Selasa, 2 Mac 2010

Remaja Bijak Jauhi Zina


Tahukah anda?



Antara ciri-ciri peribadi cemerlang ialah MENJAUHI ZINA.



Orang yang menjauhi zina LAYAK mendapat rahmat Allah. Rahmat Allah memagari mereka dari segenap arah.



Dan bagi mereka yang mendekati zina apatah lagi melakukannya…



Allah menjanjikan bahawa mereka akan mendapat balasan dosanya, akan digandakan baginya azab pada hari Qiamat , dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima KEHINAAN,



kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta

mengerjakan amal soleh, maka ALLAH akan gantikan

bagi mereka kejahatan mereka dengan kebaikan ,

dan Allah adalah Maha Pengampun ,

lagi Maha Mengasihani

(Al-Furqaan 68-70)



Allah menyayangi kita kerana itulah Allah melarang kita dari setiap jejak yang mendekati ZINA.



Kerap kali manusia memandang sebelah mata kepada anjing dan khinzir,



Tapi pernahkah kita merasakan bahawa KEHINAAN BESAR adalah bagi mereka yang :



BERKHALWAT

BERDUA-DUAAN

SERTA MENYENTUH LELAKI ATAU WANITA BUKAN MAHRAM SEBELUM BERNIKAH?



Anjing dan khinzir juga makhluk Allah, kedua-duanya taat dan takutkan Allah!



Tapi bagaimana pula dengan kita?



Bukankah AIDS,SIFILIS, dan pelbagai lagi penyakit akibat SEKS BEBAS adalah PERINGATAN dari Allah?



Bayangkan betapa kucar-kacirnya apabila masyarakat dipenuhi anak hasil hubungan zina!



Bayangkan apabila keturunan bercampur-campur dan menjadi tidak menentu!



MARI KITA BERSIHKAN MASYARAKAT KITA DARIPADA :



1. Sebarang unsur lucah

2. Lagu-lagu dan hiburan yang melalaikan

3. Pertunjukan tidak bermoral

4. Pergaulan bebas antara lelaki daqn perempuan

5. Masyarakat tidak menutup aurat.



INGAT!!!

REMAJA BIJAK:



• Berfikir sebelum bertindak

• Yakin bahawa zina akan merendahkan martabat manusia

• Tidak ingin menjadi hamba hawa nafsu



Apabila diajak untuk mendekati zina, REMAJA BIJAK akan mengatakan “Sesungguhnya aku takut pada Allah!!”



Wahai PARA HAMBA dan KHALIFAH ALLAH,



Renungilah Surah An-Nuur,ayat 30-31,nescaya akan kita temui hikmah agung..



Siapa yang menjaga kesucian dirinya

, nescya Allah akan menjaganya,

siapa yang berusaha untuk sabar

,nescaya Allah akan menolongnya bersabar!